Thursday, September 21, 2006

jgn terus jatuhkan hukuman pd org yg telah keluar agama islam...

(statement nie my own post, aku post kat forum cari.com.my)

"saya tak tau atau mungkin di sini dah budaya kita, kita cukup cukup marah bila seseorg tue dengan jelas menjadi murtad tp apa yg kita tau hanya marah n nyatakan yg mereka telah benar benar berlaku salah tanpa kita babitkan kesalahan diri kita sendiri dlm permasalahan murtad mereka...setiap dr kita bakal di tanya di sana nanti tentang peranan kita sesama saudara islam, apakah cukup sekadar menyalahkan mereka semata mata tanpa kita menyalahi diri kita sendiri?...kita yg sebenarnya menyebabkan mereka keluar dr garis garis kebenaran islam...di mana kita di saat2 mereka memerlukan kita sebagai sesama sedara sebelum mereka berkeputusan memurtadkan diri?...lantas dek kesibukan kita maka kita terlupa kewajipan sebagai saudara seislam...kajilah kenapa mereka menjadi murtad, beberapa kisah murtad yg kita baca dikaitkan dengan golongan muslimin/muslimah yg mempunyai pendidikan agama yg cukup tggi...sudah cukup selesakah dan yakinkah kita dengan pemberian ilmu agama oleh ibu bapa mereka itu maka mereka di yakini tidak akan murtad?...org muslim atau barangkali kita sendiri sebenarnya dah biasa berasa menikmati perkataan "selesa" berada di sebuah negara yg kita boleh katakan ramai org islam, ada penguatkuasa islam, jabatan agama, sehingga kita merasakan birlah kerja kerja agama yg dan tindakan yg lebih wajar ini dilakukan oleh pihak2 berwajib nie...cth "keselesaan" ini yg sebenarnya sgt sgt merbahaya, kita perlu keluar dari kepompong terlalu byk bercakap dan terlalu selesa menyalahkan mereka yg bersalah, keluarlah, sama masa membantu golongan berwajib, bersama sama mengkaji kenapa mereka jd murtad, turut sama bermusyawarah seterusnya mencari jalan penyelesaian utk masalah nie...lihat dan berpesan2lah kawan kawan kita, anak anak kita, saudara saudara kita, dan sesiapa pun yg seagama dengan kita, kuatkan tali silaturrahim kita, sama sama berpesan tentang keesaan allah,yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapatkan...supaya tiada di kalangan mereka yg tersisih dlm agama sendirik...jgn biarkan saudara seagama kita berada dlm tercari
cari arah...kita bantu...kesabaran dlm berdakwah tidak pernah ada hadnya.."


p/s - murtad dan keluar dr agama islam adalah dua perkara yg berbeza dr segi istilah namun kita mengguna pakai istilah murtad sebagai keluar dr agama islam..


murtad kalau merujuk dr kitab adalah - kembali ke agama asal, kerana pd zaman semasa syaidina abu bakar menjd khalifah al rasyidin yg pertama baginda telah memerangi org org yg telah murtad...maka, di sini istilah murtad adalah tepat...
regard,
ryan razlan.

No comments: